KEUTAMAAN BULAN SYA'BAN DAN MALAM NIFSU SYA'BAN
Apakah Keutamaan bulan Sya'ban?
Dari Usama bin Zaid ra, Rosulullah SAW bersabda berkata:
ولم يكن يصوم من الشهور ما يصوم من شعبان قلت ولم أرك تصوم من الشهور ما تصوم من شعبان؟
ذاك شهر يغفل الناس عنه بين رجب ورمضان وهو شهر ترفع فيه الأعمال إلى رب العالمين عز وجل فأحب أن يرفع عملي وأنا صائم
"Rasulullah
saw tidak pernah berpuasa sebanyak yang baginda puasa dibulan sya'ban.
Aku bertanya kepada baginda "Kenapa aku tidak pernah melihat engkau
berpuasa di bulan-bulan yang lain sepertimana engkau berpuasa dibulan
sya'ban?" Baginda saw menjawab: "Itulah bulan yang ramai manusia lalai
iaitu di antara bulan rejab dan bulan ramadHan. Ia juga bulan yang
diangkatkan amalan kepada Allah swt. Aku suka diangkat amalanku dalam
keadaan aku berpuasa." (Hadis Ahmad dan Nasaie - sanad yang hasan)
Di sini Nabi menyebut dua kelebihan bulan sya’ban:-
- Bulan yang disunatkan beramal terutamanya puasa kerana bulan yang mana manusia biasa lalai dalam bulan ini.
- Bulan yang diangkat amalan kepada Allah swt
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa penuh dalam bulan sya'ban sperti hadis:
كان يصوم شعبان كله
"Nabi saw berpuasa penuh didalam bulan sya'ban."
(Hr Bukhari - sahih)
Ada hadis yang menunjukkan Nabi saw berpuasa sebahagian besar pada bulan sya'ban dan tidak penuh seperti hadis:
كان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصوم شعبان إلا قليلا
" Rasulullah saw telah berpuasa sebahagian besar dari bulan sya'ban."
(Hr Nasai)
Sekelompok
ulama telah mentarjih pendapat yang mengatakan Nabi saw tidak berpuasa
penuh dalam bulan sya'ban. Ini dikuatkan dengan hadis yang diriwayatkan
dari 'Aisyah ra:
ما رأيت رسول الله صلى الله عليه وسلم استكمل صيام شهر قط إلا رمضان
"Aku tidak pernah melihat Rasulullah saw berpuasa selama sebulan penuh melainkan pada bulan ramadan."
(Hr Bukhari dan Muslim - sanad sahih)
Oleh itu Ibnu Abbas menganggap makruh orang yang berpuasa penuh selama sebulan melainkan ramadhan.
berpuasa selepas 15 sya'ban
Haram berpuasa sunat selepas 15 sya'ban. Ini jelas dari hadis dari Abu Hurairah ra, Rasulullah saw:
إذا انتصف شعبان فلا تصوموا
"Apabila telah berlalu 15 sya'ban tidak boleh puasa."
(Hr Tirmizi, Abu Daud dan Ibnu Majah - sahih)
Dibenarkan
puasa selepas 15 sya'ban sekiranya adatnya pada hari tertentu dia
berpuasa sebelum 16 sya'ban atau menyambung dari puasa yang seseorang
puasa sebelum 16 sya'ban. Ini berdasarkan hadis berikut:
لا تقدموا رمضان بصوم يوم أو يومين إلا إذا كان يصوم صوما فليصمه
"Janganlah
kamu mendahului berpuasa sebelum ramadan sehari atau dua hari melainkan
sekiranya puasa yang biasa dilakukan maka dia boleh teruskan puasa."
(Hr Bukhari dan Muslim)
Dibenarkan puasa selepas 15 sya'ban sekiranya puasa wajib seperti puasa ganti dan puasa nazar.
Kelebihan hari dan malam nisfu (15) sya'ban
1.
Adapun kelebihan Malam Nishfu Sya'baan itu telah disebutkan di dalam
hadis shahih daripada Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu, bersabda
Rasulullah Shallallahu `alaihi wa sallam yang maksudnya :
"Allah
memandang kepada semua makhlukNya di Malam Nishfu Sya'baan, maka
diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan
Allah atau orang yang bermusuhan."
(Hadis riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban)
2. Nabi saw bersabda:
إن الله ليطلع ليلة النصف من شعبان فيغفر لجميع خلقه إلا لمشرك أو مشاحن
"Sesungguhnya
Allah taala akan meninjau pada malam nisfu sya'ban, lalu mengampunkan
dosa-dosa semua makhluknya melainkan orang yang musyrik atau orang yang
berbalah."
(Hr Ibnu Majah - hasan)
3.
عَنْ
عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْها قَالَتْ : "فَقَدْتُ النَّبِيَّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ذَاتَ لَيْلَةٍ فَخَرَجْتُ أَطْلُبُهُ فَإِذَا
هُوَ بِالْبَقِيعِ رَافِعٌ
رَأْسَهُ
إِلَى السَّمَاءِ فَقَالَ :يَا عَائِشَةُ أَكُنْتِ تَخَافِينَ أَنْ
يَحِيفَ اللَّهُ عَلَيْكِ وَرَسُولُهُ قَالَتْ :قَدْ قُلْتُ وَمَا بِي
ذَلِكَ وَلَكِنِّي ظَنَنْتُ أَنَّكَ أَتَيْتَ بَعْضَ نِسَائِكَ فَقَالَ
إِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يَنْزِلُ لَيْلَةَ النِّصْفِ مِنْ شَعْبَانَ إِلَى
السَّمَاءِ الدُّنْيَا فَيَغْفِرُ لِأَكْثَرَ مِنْ عَدَدِ شَعَرِ غَنَمِ
كَلْبٍ" - رواه الترميذي وابن ماجه وأحمد .
Hadis
daripada Ummul Mukminin Sayidatina ‘Aisyah R.A telah berkata : "Aku
telah kehilangan nabi S.A.W pada suatu malam, maka aku telah keluar
untuk mendapatinya maka baginda berada (sedang berdiri di kawasan
perkuburan) Baqi’ sambil mendongakkan kepalanya ke langit lalu baginda
berkata : Wahai ‘Aisyah, adakah kamu takut Allah dan Rasulnya melakukan
kezaliman ke atas kamu? Berkata ‘Aisyah : Bukan demikian sangkaanku
tetapi aku menjangkakan kamu telah pergi kepada sebahagian daripada
isteri-isteri kamu (atas perkara-perkara yang mustahak lalu aku ingin
mendapat kepastian). Lalu baginda bersabda : Sesungguhnya Allah Ta’ala
telah turunkan ( malaikatNya dengan perintahNya) pada malam nisfu
Sya’ban ke langit dunia, lalu Allah mengampunkan dosa-doa (yang
dilakukan oleh hambaNya) lebih banyak daripada bilangan bulu-bulu yang
terdapat pada kambing-kambing peliharaan (bani) Kalb." -Hadis Riwayat
Al-Tirmizi, Ibnu Majah dan Imam Ahmad.
4.
عن
مُعَاذِ بْنِ جَبَلٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : " يَطَّلِعُ اللَّهُ إِلَى جَمِيعِ
خَلْقِهِ لَيْلَةَ النِّصْفِ
مِنْ شَعْبَانَ فَيَغْفِرُ لِجَمِيعِ خَلْقِهِ إِلَّا لِمُشْرِكٍ أَوْ مُشَاحِنٍ " - رواه الطبرانى وصححه ابن حبان .
Hadis
daripada Saidina Mu’adz ibnu Jabal R.A bahawa nabi S.A.W telah bersabda
: “Allah memandang pada kesemua makhluk ciptaanNya pada malam nisfu
Sya’ban, lalu Allah mengampunkan dosa-dosa kesemua makhlukNya melainkan
dosa orang musyrik (yang menyekutukan Allah)dan dosa orang yang
bermusuhan.” -Riwayat Al-Tobrani dan disahihkan oleh Ibnu Hibban.
5.
عَنْ
عَلِيِّ بْنِ أَبِي طَالِبٍ كرم الله وجهه قَالَ : قَالَ رَسُولُ اللَّهِ
صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : "إِذَا كَانَتْ لَيْلَةُ النِّصْفِ
مِنْ
شَعْبَانَ فَقُومُوا لَيْلَهَا
وَصُومُوا نَهَارَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَنْزِلُ فِيهَا لِغُرُوبِ
الشَّمْسِ إِلَى سَمَاءِ الدُّنْيَا فَيَقُولُ أَلَا مِنْ مُسْتَغْفِرٍ لِي
فَأَغْفِرَ لَهُ أَلَا مُسْتَرْزِقٌ فَأَرْزُقَهُ أَلَا مُبْتَلًى
فَأُعَافِيَهُ أَلَا كَذَا أَلَا كَذَا حَتَّى يَطْلُعَ الْفَجْرُ" - رواه
ابن ماجه .
Hadis
daripada Saidina ‘Ali R.A bahawa Rasulullah S.A.W telah bersabda
:“Apabila masuk malam nisfu Sya’ban, maka hendaklah kamu bangun pada
malamnya dan berpuasa pada siang harinya, Sesungguhnya Allah Ta’ala
menurunkan malaikatnya ke langit dunia pada malamnya setelah terbenamnya
matahari, lalu Allah berkata : Sesiapa yang memohon keampunan padaKu
maka Aku akan mengampunkan baginya, Sesiapa yang memohon rezeki padaKu
maka Aku akan memberikannya rezeki, Sesiapa yang ditimpa musibah maka
Aku akan melepaskannya, sesiapa yang demikian…sesiapa yang demikian
…sehinggalah terbitnya fajar.” -Riwayat Ibnu Majah.
Malam Nisfu Sya’ban adalah antara malam yang dikabulkan doa
Berkata Imam asy-Syafi`ie dalam kitabnya al-Umm:
"Telah
sampai pada kami bahawa dikatakan: sesungguhnya doa dikabulkan pada
lima malam iaitu: pada malam Jumaat, malam Hari Raya Adha, malam Hari
Raya `Aidil Fitri, malam pertama di bulan Rejab dan malam nishfu
Sya'baan."
Malam Nishfu Sya'baan merupakan malam yang penuh rahmat dan pengampunan
daripada Allah Subhanahu wa Ta`ala. Kenyataan ini dapat direnung kepada
hadis yang diriwayatkan oleh Mu`az bin Jabal radhiallahu `anhu di atas.
Cara Salafussoleh menghidupkan Malam Nisfu Sya’ban :
Adapun
cara menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan sebagaimana yang dilakukan
sekarang ini tidak berlaku pada zaman Nabi shallallahu `alaihi wasallam
dan zaman para sahabat. Akan tetapi ia berlaku pada zaman tabi`in dari
penduduk Syam. Menyebut al-Qasthalani dalam kitabnya al-Mawahib
al-Ladunniyah, bahawa para tabi`in daripada penduduk Syam seperti Khalid
bin Ma'dan dan Makhul, mereka beribadat dengan bersungguh-sungguh pada Malam Nishfu Sya'baan. Maka dengan perbuatan mereka itu, mengikutlah orang ramai pada membesarkan malam tersebut.
Berkata Ibnu Rajab Al-Hanbali di dalam kitabnya (Lathoif Al-Ma’arif) :
“Ulama’ di Syam telah berselisih pandangan dalam menyifatkan cara untuk menghidupkan malam nisfu Sya’ban kepada dua pandangan.
Pertama
Adalah disunatkan menghidupkan malamnya secara berjamaah di masjid.
Khalid ibn Ma’dan dan Luqman ibn ‘Amir dan selain daripada mereka telah
memakai sebaik-baik pakaian, dan mengenakan wangian serta mengenakan
celak pada mata serta mendirikan malamnya dengan ibadah.
Dan
Ishaq ibn Rahuyah bersepakat dengan pandangan mereka terhadap perkara
tersebut dan berkata dalam masalah mendirikan malamnya dengan ibadah di
masjid secara berjamaah : “Perkara tersebut tidaklah menjadi bid’ah.”
Kalam ini dinukilkan oleh Harb Al-Kirmani di dalam kitab Masail nya.
Kedua
Sifatnya
adalah makruh penghimpunan pada malamnya di masjid untuk melakukan
solat serta bercerita dan berdoa. Dan tidak makruh sekiranya seseorang
itu melakukan solat secara bersendirian. Ini adalah pandangan Al-Auzaie
Imam Ahli Syam dan Ahli Faqeh dan ‘Alim.”
Imam Ibnu Taymiah juga berkata:
"Apabila
seseorang solat seorang diri dimalam nisfu sya'ban atau berjemaah
seperti mana yang dilakukan oleh kelompok2 salafus soleh adalah perkara
yang baik."
(Majmu'ul Fatawa 131/23)
Ada
pun cara kita sekarang ini menghidupkan Malam Nishfu Sya'baan dengan
membaca Al-Quran seperti membaca surah Yaasiin, berzikir dan berdoa
dengan berhimpun di masjid-masjid atau rumah-rumah persendirian sama ada
secara berjemaah atau perseorangan adalah tidak jauh berbeza dengan apa
yang dilakukan oleh para tabi`in itu.
Berhubung
dengan persoalan sholat khas Nishfu Sya'baan, maka berlaku khilaf
antara ulama kita, ada yang mensabitkannya seperti Hujjatul Islam
al-Ghazali dan ada yang memandangnya sebagai bid`ah yang keji. Khilaf
berlaku pada pengkhususan sholat yakni memandang adanya satu sholat
khusus malam tersebut seperti tarawih atau sholat hari raya. Untuk
keluar dari khilaf bagi sesiapa yang hendak bersolat, maka lakukanlah
solat-solat sunnat seperti sunat Awwabin (di antara waktu Maghrib dan
Isya`), sembahyang tahajjud, akhirnya sembahyang witir atau sembahyang
sunat muthlaq. Sembahyang sunat muthlaq ini boleh dikerjakan pada
bila-bila masa sahaja sama ada pada Malam Nishfu Sya'baan atau pada
malam-malam yang lain.
Apakah dibenarkan membaca Surah Yasin 3 kali di Malam Nisfu Sya’ban ?
Jawaban yang diberi oleh Mufti Mesir (Dr Ali Jum’ah) :
Tidaklah mengapa seandainya
membaca surah Yasin sebanyak 3 kali selepas solat maghrib secara
terang-terangan dan beramai-ramai. Hal ini kerana termasuk dalam perkara
menghidupkan malam tersebut dan perkara berkaitan dengan zikir
ruangannya adalah luas. Adapun mengkhususkan sebahagian daripada tempat
dan waktu untuk melakukan sebahagian daripada amalan soleh secara
berterusan adalah termasuk dalam perkara yang disyariatkan selagi mana
seseorang yang melakukan amalan tersebut tidak beri’tiqod(menjadikannya
sebagai pegangan) ; bahawa perkara tersebut adalah wajib di sisi syara’
yang membawa hukum berdosa sekiranya meninggalkannya.
عَنْ
ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ : "كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى
اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَأْتِي مَسْجِدَ قُبَاءٍ كُلَّ سَبْتٍ
مَاشِيًا وَرَاكِبً" -
متفق عليه .
Hadis
daripada Ibnu Umar R.A telah berkata : “Nabi S.A.W akan mendatangi
masjid Quba pada setiap hari Sabtu samada dengan berjalan ataupun
menaiki tunggangan.”
-Riwayat Imam Al-Bukhari dan Muslim.
Berkata Al-Hafiz Ibnu Hajar di dalam kitabnya (Fathul Bari) :
“Di
dalam hadis ini walaupun berbeza jalan-jalan pengriwayatannya
menunjukkan kepada (hukum) harus mengkhususkan sebahagian hari-hari
untuk melakukan sebahagian daripada amalan-amalan soleh serta
melakukannya secara berterusan.”
Kesimpulan:
Oleh itu digalakkan menghidupkan malamnya dengan ibadah dan siangnya dengan puasa. Maka
menghidupkan malam nisfu Sya’ban sama ada secara berjamaah ataupun
secara bersendirian sebagaimana sifat yang masyhur dikalangan orang
ramai dan selainnya adalah perkara yang disyariatkan dan tidaklah
menjadi bid’ah dan tidaklah menjadi makruh dengan syarat tidak
menjadikan amalan tersebut sebagai suatu kemestian dan kewajipan.
Sekiranya
amalan tersebut diwajibkan ke atas orang lain serta menghukum kepada
mereka yang tidak mengikutinya dengan hukum berdosa maka menghukumkan
dengan hukum dosa itu yang menjadi bid’ah kerana mewajibkan sesuatu yang
tidak diwajibkan oleh Allah dan RasulNya S.A.W. Inilah makna yang
menjadikannya makruh sebagaimana pandangan para salafussoleh terhadap
hukum makruh dalam menghidupkan malam nisfu Sya’ban. Adapun menghidupkan
malamnya sebagaimana hakikat asalnya maka perkara tersebut adalah
disyariatkan dan tidaklah menjadi makruh.
Sumber Rujukan:
1. Lataiful Maarif oleh Ibnu Rajab, Mu'tamad oleh Dr Muhammad Zuhaily
2. Lailatun Nisfis Sya'ban oleh Syeikh Zaki Ibrahim.
3. Majalah Minbar Al-Islam, keluaran tahun ke-(68), bil (8) Sya’ban 1430, m/s 136.



0 komentar
Write Down Your Responses